Tuesday, December 8, 2015

Tingkatan 1

Minggu lepas merupakan minggu untuk kak long semata-mata. Bermula dari jam 5 pagi mama sekeluarga bersiap untuk mengejar masa pendaftaran temuduga tingkatan 1 kak ling di Maahad ahmadi Gemencheh jam 8.00 pagi sabtu.

Bila sampai..ramai sungguh prent dan anak2 yang menghadiri nya..lebih kurang 200 org perempuian dan 200 lelaki..tetapi jumlah pelajar yang akan dipilih amat sedikit..memang mengecewakan sebab panggil sampai 400 org tapi nak select sikit jer..parent tunggu anak interview sampai petang...kalau ade rezeki..adalah untuk anakku..kalau tiada..redha lah kerana dah usaha..tapi kalau pelajar yang dapat masuk itu disebabkan menggunakan org dalam padahal ada pelajar yang lebih layak..sendiri jawab lah...

Next day, Ahad, kak long dan papa sahaja bergegas ke Nilai pula untuk interview sekolah agama di sana...jam 7.30 pendaftaran..pun sama jugak..400 org..ntah lah..mama doakan yang terbaik untuk kak long... lepas balik dari temuduga..kami sekeluarga pergi makan kenduri..then balik PD sekejap..jumpa mertuaku kejap...malam baru balik..

Esoknya..Isnin..7 Dis..kak long interview lagi di SMKA SHAMS..lagiiii ramai..hampir 700 org rasanya..tak tahulah macamana.....kesian pulak anak2..bersungguh-sungguh nak masuk sekolah agama...tapi saingan terlalu ramai..tetapi mama bersikap positif jer dihadapan anak....berikan yang terbaik...jika ade rezeki..dapat lah kat mana2...insya Allah...amin...

Tapi memang keletihan juga rasanya..kak long lagi lah...3 hari berturut2 dia study untuk interview... secara umumnya nampaknya parent sekarang sudah alert akan kepentingan pendidikan agama kepada anak2...kalau zaman mama dulu tak ramai pun nak hantar anak sekolah agama...duania dah berubah...alhamdulillah...moga berjaya anakku...love you all...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.