Monday, December 14, 2015

Perasaan ini

Semua orang ada hati dan perasaan. Jiwa wanita sangat halus dan lebih sensitif dengan keadaan. Kenapa manusia menilai kasih sayang dengan kebendaan?...ini tidak adil bagi yang kurang berkemampuan...jangan kita anggap bila yang kurang mampu tidak menghulurkan wang..bermakna dia seorang yang berkira atau kedekut..adakah anda tahu apa masalah yang dihadapinya...sepatutnya bersyukurlah bagi mereka yang mampu segala segi untuk mengadakan apa yang diinginkan...JANGAN BEBANKAN KEINGINANMU PADA ORANG LAIN... itu cara yang tidak baik. kita tidak tahu bagaimana orang lain itu berusaha untuk merealisasikan impian sendiri pun kena struggle..inikan pula nak penuhi impian orang lain..

hai dunia..manusia semakin lalai dengan kebendaan..semuanya Allah yang tentukan..kalau ini ujian...aku terima seadanya...Allah lebih mengetahui..anak2 nak mula bersekolah pun kita masih berkira-kira untuk korek simpanan...ada pula yang nak membelanjakan secara membazir..thats your choice..nothing to do with me... tapi aku masih bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kerana aku lebih suka melihat orang yang kurang mampu dari diriku..namun mereka masih nampak gembira kerana mereka meletakkan Allah penentu segala..sudah berusaha..kemudian apa yang datang adalah ketentuannya dan yakin lah ada hikmah disebaliknya.


duhai hati bertabahlah...kerjaya ku ini juga telah ditentukan oleh Allah..buat lah sebaiknya.,..aku bersyukur dengan kurniaan ini. Tiada apa yang ku kesalkan..malah bersyukur dengan survival ku dalam meneruskan kehidupan tanpa menyusahkan orang-orang yang ku sayang..doaku.hanya lah kebahagiaan untukku sekeluarga di dunia dan akhirat.


No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.