Thursday, August 5, 2010

Letihnya..

Rasanya minggu ini adalah minggu yang meletihkan. Banyak sangat aktiviti kerja yang nak dibuat. Ini semua gara-gara nak kejar date line la. Tak sempat nak buat benda lain especially bila kena buat permohonan untuk aset tambahan untuk kolej tahun ini. Berselirat kepala nak cari spec setiap item yang bos list kan. Buat jerlah, penyudahnya balik rumah lembik badan.

Hari ini baru rasa dapat bernafas sikit, itupun ada kerja yang minta tolong kerani bawah carikan data. Tak larat lah nak buka semua fail kewangan tu nak check smula. Bahagian peperiksaan tak banyak kerja skang nih, so bos kasi job lain la untuk membantu dia. Letihnya rasa..tak sabar nak cuti hujung minggu nih. Plan nak bercuti ..tapi tak tahu bila..sebab kerja tengah banyak nak buat.

Ermmm...ntahlah..tapi bila balik tengok anak, seronok skit..hilang tension..anak-anakku sebagai azimat untuk meneruskan hidup nih.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.