Thursday, August 12, 2010

Suasana baru di kolej

Suasana baru di kolej ini mama belum pernah rasa lagi. Baru 2 hari Ramadhan dan setiap waktu rehat mulai jam 12.45 hingga 1.30 petang, semua pelajar dan staf akan bertadarus. Terima kasih pada ustaz shahrul yang mengatur jadual tadarus tersebut. Secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan pelajar kerana pensyarah join group student dan boleh semak bacaan diaorang. Pelajar pun secara tidak langsung dapat menunaikan solat berjemaah dengan pensyarah selepas itu.

Seronok pula bila tengok pelajar berjemaah ramai2 disurau dan kami dapat join skali setiap kali waktu zohor. Semoga amalan ini dapat diteruskan dengan kerjasama semua staf untuk memantau pelajar kita. Demi kebaikan bersama usaha amat diperlukan. Syukur Alhamdulillah. Semoga kolej ini sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan warganya terpelihara imannya..insyaAllah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.