Friday, August 27, 2010

Cuti Rehat

Semalam seharian di Bandar Seri Jempol untuk program berbuka puasa bersama PM tapi mama makan kat rumah kawan. Thanks alin n zamri sebab bagi tumpang berehat sekejap kat rumah diaorang.

Hari ini dapat la excuse masuk kerja lambat skit. Mama sampai opis dlm pukul 9.40 pagi. Bos pun ok jer tak cakap apa. Agaknya dia faham kot anak buah dia keletihan sebab seharian program semalam. Ingatkan program tu habis awal, akhirnya kena tunggu sampai selesai terawih dulu..PM dah lawat booth barulah dapat berkemas balik ke Seremban. Letihnya...

Seronoknya sebab hari Isnin cuti diluluskan so dapat rehat 4 hari. Cadangnya nak gi cari baju raya untuk anak2. Jalan sorang2 jer Isnin ni..senang skit. Hubby kerja..so mama gi shopping sorang2..senang.. Tak sabar nak berehat dan plan esok nak balik kg. Sepanjang Ramadhan ni belum balik berpuasa di kampung lagi. Selalu balik PD jer..takpelah ada peluang ni balik ke K.Pilah. Nanti raya kat Pd juga..so balik kampung awal dulu.

Rasa sekejap jer Ramadhan..nampak sangat sekarang ni akhir zaman..masa cepat berlalu. Bila fikirkan pasal akhir zaman..berdebar-debar jadinya... semoga Ramadhan ini membawa keberkatan ke atas semua umat Muhammad.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.