Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah..akhirnya kita berpeluang menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya. Syukur kepada Allah atas segala nikmat hidup dan rezeki yang dikurniakan ke atas hambanya di muka bumi ini. Selamat menyambut bulan penuh rahmat dan keberkatan ke atas semua umat Islam di muka bumi ini. semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu untuk menyempurnakan ibadah ini.

Semoga puasa yang dijalankan terpelihara daripada segala perkara yang melalaikan atau membatalkan puasa kita. Amin.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.