Tuesday, October 30, 2018

Aktiviti Lawatan Kerja

Unit Naziran telah diwujudkan selepas penggabungan jabatan antara Politeknik dan Kolej Komuniti. Unit ini bertindak untuk membuat pemantauan akademik ke atas semua program yang dijalankan di institusi. Banyak perkara yang dipelajari sepanjang lawatan ini demi memastikan aktiviti naziran berjalan lancar pada tahun hadapan.

Paya Besar, Pahang

Dungun

Kelana Jaya


Selayang



Team baharu


Menjelang pertengahan tahun 2018, team kerja sudah bertukar orang. Fungsi kerja yang baharu namun sangat menggembirakan proses transition ini. Tiada isu yang tidak boleh diselesaikan, mereka adalah team yang sangat helpfull dan mesra. Moga produktiviti kerja bertambah baik dan maju.






BAHAGIAN INSTRUKSIONAL DAN PEMBELAJARAN DIGITAL, JPPKK

Tuesday, June 12, 2018

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT


Image result for jagalah hati

Bismillahirahmanirrahim...segala puji bagi Allah atas segala kurnia dah rahmat yang dilimpahkan.

Nampaknya belum ada sebarang posting mama pada tahun ini semenjak menunaikan ibadah haji pada tahun lepas. Entah kenapa hati ini sudah merasa kurang ingin bercerita di laman sosial semenjak kepulangan dari tanah suci. Sehinggakan ramai2 sahabat dan rakan taulan mesej personal untuk bertanya khabar sebab tiada sebarang posting yang mama share. Tapi buat masa ini belum ada rasa nak post apa2 di dalam FB, lebih prefer update di dalam instagram shj dgn tujuan untuk kenangan. That's why dlm insta pun tiada follower sgt sbb semuanya mama decline..hihihihihi.

Tahun 2018 mama memegang tekad untuk mengubah corak kerja kerana dihantui pelbagai dugaan dan cabaran bagi tugas yang mama jalankan dahulu. Cubaannya daripada manusia bukan kerja itu sebab i love that job but disebabkan kelemahan diri mama sendiri, mama tak berupaya untuk melayan kerenah manusia yang sangat tidak bertanggungjawab dan meletakkan risiko kepada orang lain. Akhirnya mama merasakan biarlah mereka dan mama yang kena ubah diri iaitu jika kita tidak mampu menghadapinya lebih baik mama ambil langkah untuk cuba ke bidang lain. Alhamdulillah segalanya seperti telah ditentukan, mama memang mendapat portfolio yang baharu dan mungkin pengalaman yang baharu.

Doaku adalah semoga setiap kerja yang ku lakukan adalah ibadah dan mama sentiasa berdoa tidak menjadi seorang yang zalim, menindas orang lain atau menimbulkan masalah kepada orang lain. Moga Allah membantu mama sentiasa supaya istiqamah. Menjaga hati adalah sangat susah dan ia perlu dilatih untuk sentiasa bersangka baik. Jika ada perkara yang kita tidak berkenan, jauhkan sahaja kerana itu lebih baik drpd mengata sana sini, nuzubillahi min zalik.


note: gambar amik dari internet

Wednesday, July 19, 2017

Kursus Perdana Bakal Haji Negeri Sembilan

Apabila kita dikumpulkan, walaupun hanya 1500 orang jemaah, sudah terasa kepadatan manusianya. Lokasinya di Masjid Paroi, Seremban dan dengan kawasan yang terhad, mmg terasa dugaan permulaan yang kecil bagi bakal jemaah.


Menariknya, dapat berjumpa dengan junior dan kawan2 dan juga saudara yang kita tidak tahu bahawa mereka juga menjadi sebahagian dengan kumpulan kita. Syukur alhamdulillah..hanya pujian kepada Allah dipanjatkan atas kurniaan ini. Dugaannya awalnya adalah dari segi makanan yang tidak cukup..tapi diri ini telah dinasihatkan oleh suami supaya tdak mengambil serius isu2 remeh macam tu..kalau x cukup makan..kita keluar cari makanan..simple shj..jgn dipanjang2kan...alhamdulillah...





kemudian dugaan air yang kecil dan on off semasa waktu peak nak solat dan mandi petang... dan kekangan masa yang lama perlu diambil kerana menunggu giliran apabila sesuatu aktiviti dijalankan disebabkan oleh jumlah jemaah yang ramai. Semua itu hanya ujian kecil atas kesabaran setiap insan. Namun ada juga yang kecundang..namun doa tidak putus dikirimkan kepada hamba Allah yang diuji kesabarannya untuk lebih bykkan istigfar sebelum kita menjejak ke tanah suci kelak.

Tuesday, July 18, 2017

Penerbangan Haji

Masanya telah tiba untuk berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan. Pelbagai persiapan perlu dilakukan demi memastikan semuanya berjalan lancar. Perasaan bercampur baur samada suka, excited, terharu, sedih dan takut pun ada mengenangkan hamba yang serba kekurangan di sisi Allah ini ingin mengerjakan rukun islam kelima dan mejadi tetamu Allah. Semoga semuanya berjalan lancar.

Doa dan harapan sentiasa dibacakan untuk mendapatkan kekuatan jiwa terutama apabila mengenangkan akan meninggalkan harta syurgaku iaitu anak-anak kepada mak dan adik untuk menjaga mereka. Hanya Allah sahaja yang  dapat memberi ganjaran pahala kepada mereka yang mengorbankan tenaga untuk menjaga zuriatku. Doaku moga mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat pahala yang besar atas ihsan menjaga anak syurgaku.

Ucapan tahniah dan kesyukuran tidak putus dikirimkan oleh kawan2 dan sanak saudara apabila menerima perkhabaran ini. Doa dan harapan mereka memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan perjalanan ini. Semoga Allah mengampuniku sentiasa dan melindungi kami suami isteri di sana. 29 Julai adalah masa akan bertolak ke bumi bertuah itu, semoga aku diterima sebagai tetamu Allah yang maha Esa.

Wednesday, December 28, 2016

Cuti 2016

Bawa anak jalan-jalan setakat yang mampu nak jalan hujung tahun ni. Perjalanan bermula dari 10 - 16 Disember 2016 merentasi negeri-negeri disemenanjung Malaysia.

Perjalanan bermula di MAHA, Serdang
Naik kuda kita di MAHA
Dari Serdang bergerak ke Kuantan, tido di sana kemudian bergerak ke K. Terengganu, jalan-jalan sebentar sahaja. Petangnya gerak pula ke Kota Bharu


Kenangan di Kota Bharu yang tujuan utama untuk ziarah guru yang telah uzur. Moga cepat sembuh
Dari Kelantan kita ke Penang menaiki Bukit Bendera sebab belum naik lagi. Jalan2 atas bukit tu sampai petang, malam makan pasembor di Padang Kota Lama then grak turun ke Taiping.
  


 Finally kami ke Zoo Taiping hingga petang, then bergerak balik ke Port Dickson 



 Percutian ini memang melibatkan perjalanan yang jauh tapi anak-anak happy. Banyak rumah kawan2 yang kami tidak singgah sebab nak kejar masa. Jam 2 pagi sampai PD then esoknya jam 9.00 pagi terus menghadiri kursus haji di masjid Kg. Paya. Itulah catatan ringkas percutian tahun ini. Ahadnya preparation beli baju sekolah anak dan balik Seremban,,kemas rumahh..arggghhh..





Rukun Haji 2017

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat kasih sayangnya mama dan papa mendapat tawaran menunaikan ibadah haji tahun hadapan. Kursus haji sudah bermula 17 Disember yg lalu..semuanya memerlukan persediaan mental dan fizikal dari awal lagi. Mama hanya mendoakan segala yang terbaik untuk memastikan urusan haji dipermudahkan. Anak2 sentiasa di bawah jagaan keluarga dan sehat sentiasa sepanjang ketiadaan mama papa nanti.

Kesihatan diri perlu dijaga dan doa yang tidak putus kumohon kepada Allah supaya hubungan suami isteri ini sentiasa terpelihara, tiada persengketaan, dapat kami bersama2 mensucikan diri dan sentiasa sehat walafiat sepanjang mengerjakan ibadah haji kelak. Jauhilah kami dari sebarang musibah dan dugaan yang besar dan kurniakan kami kesabaran yang tinggi dan dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna.

Ibadah umrah yang telah kami kerjakan pada 2012 dahulu membuatkan mama berazam untuk membuat yang lebih baik apabila dijemput tahun 2017 ini. Kepada Allah kami berserah dan memohon pertolongan.

Tuesday, December 27, 2016

14th Anniversary

Bismillah..syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan kepada mama sekeluarga. Dikhabarkan hari ni genap 24 tahun usia perkahwinan kami..tiada sambutan yang meriah..hanya doa dan harapan yang dibacakan semoga keluarga ini sentiada dirahmati Allah SWT hingga akhir hayat kami.

Pelbagai persediaan kami akan buat untuk menghadapi tahun 2017.  Mama pun sudah reward kan diri ini selepas penat bekerja tahun 2016 ini. Tiada yang istimewa hanya beg pilihan hati menjadi penutup shopping 2016 ini. Hadiah anniversary nanti kita update lain waktu ok.


Tuesday, July 12, 2016

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah bersyukur kerana masih dapat merayakan aidilfitri bersama keluarga tersayang. Walaupun cuti yang singkat tetapi masa yang ada digunakan sebaiknya asalkan dapat bersama keluarga.

Disebabkan mak sudah tidak larat, kudrat sudah tidak kuat, maka kami sekeluarga membuat open house dengan harapan semua saudara akan datang masa tu. So mak boleh melayan tetamu dalam satu hari sahaja..selebihnya berehat dan mengunjungi saudara yang lain. Alhamdulillah makanan pun cukup dan tetamu pun seperti biasa lah tak pernah sikit..memang ramai..dan tetamu itu adalah yang membawa berkat pada rumah ini...maka raikan mereka..moga Allah merahmati kami sekeluarga.

Salam aidilfitri dan selamat berhari raya.

Friday, June 24, 2016

Rezeki Ramadhan

Satu perkara yang memang meriah time bulan puasa ni..adalah orang berkongsi rezeki..nak kata sedekah kang..ktia tak layak terima sedekah..so bak kata ustaz di beri hadiah..berkongsi rezeki... Kerja di jabatan ni itu yang bestnya..byk betul kolej bagi untuk kami merasa hasil tgn pelajar kolej..maklumlah kami di jabatan tiada student...dokumen ada laa..so pelajar kolej yang buat..then mereka hantar ke sini..alhamdulillah..dapat juga merasa..rasanya kawan2 mama di kolej dah biasa makan hasil tangan pelajar nya..tapi kita di HQ ni asalkan ada yang beri kita makan la...tapi mmg best biskut nih...terima kasih KK Rompin.
ucapan tulus ikhlas dari KK


nampak tak..wrapping pun cantik..isi pun sodapp..bawa balik..anak2 suka

alhamdulillah..satu lagi di jabatan ni mama rasa sebulan puasa ni beli kurma sekali sahaja..sebab ada sahaja yang menyumbang..baik kotak kecil atau besar..tapi sentiasa ada...makanya tak perlu la nak beli kurma dah...moga murah rezeki mereka yang memberi..

Iftar Ramadhan

Bulan mulia ni memang banyak event iftar diadakan. Rasanya acara yang tak pernah miss mestilah iftar my hubby..kompoeni dia la..walaupun multinasional..maksudnya..pelbagai bangsa ada..dan bos dia pun non muslim..tapi mereka respect each other..so mmg akan buat juga event utk muslim staf..alhamdulillah..

Tahun ni bak kata hubby budget lebih kepada penjimatan so buat dekat hotel kecil2 jer..bagi mama ok jer..asalkan dapat makan..hehehe..so nak dijadikan cerita sedang tunggu waktu berbuka..terserempak pula dengan Ustaz Samsul Debat ni. Actually lately mama dan kawan2 pun mmg selalu ikuti ceramah ustaz ni di tv hijrah..tapi kami tgk onlien jerlah..bila time rehat bulan puasa ni..buka la kejap..kadang2 sambil kerja pun buka..boleh pasang telinga...sama juga... rasanya glamor ustaz ni sebab kelalar ceramahnya..dan mmg sesuai dgn keadaan kita..tambahan pula cakap nogori..mama org nogori..mmg senang lah nak faham..tapi kawan mama bukan n9 pun..faham juga..

so hubby dan kawan2 dia tegur ustaz tu..dan seperti biasa mesti ada sesi  bergambar kenangan dengan ustaz tu..hehehe..so bila time berbuka dan masuk..papa terus cakap kat ustaz tu waktu dah masuk..dan ustaz bacakan doa untuk semua yg ada dalam cafe tuh..alhamdulillah kenyang makan...jgn demand2 sgt bulan puasa nih....rezeki yang datang kita bersyukur jerlah...itu lebih baik..
papa dan kawan2 nya...suka dia

anak2 ku penawar jiwa
Selesai iftar, terus naik atas..solat maghrib dulu sblm bertolak balik rumah. Walaupun buat kat PD tapi nak singgah rumah nenek tak sempat lah..sbb seharian kerja..pastu iftar kat situ..bergegas balik rumah..terawih pula anak-beranak..then tidur..mama mmg hari kerja kepenatan sikit maklumlah travel dari Seremban ke Putrajaya..bukan sbb jauh tu tapi sbb traffic jem tu...hehehe..balik rumah mesti masak untuk berbuka..sbb mama tak gemar sgt pasar ramadhan ni..nak ikut selera sendiri..tu yg kena masak laa...

Buat Nugget Ayam

Yess..hari ni nak share cara mama buat nugget ayam..actually puasa ni macam2 la anak2 minta..riyadh dah pesan dia nak makan nugget..mama malas nak pergi pasaraya beli nugget..penat laa..so mama google,jumpa lak cara nak buat nugget..sib baik bahan ado jer di rumah..so kito buek laaa..

Bahan yang digunakan..daging ayam cincang, bread crumbs, tepung ubi, telur , garam dan lada sula atau black pepper

sudah digaul sebati gitu

setelah di gentel ikut bentuk yg disukai

tima untuk salut..iaitu telur dulu.pastu tepung..pastu telur again last bread crumbs

dah siap dan masuk peti sblm goreng..sbb baru tghari..nak berbuka baru goreng

sedang di goreng...

Rasanya sedap untuk kali kedua nanti mama dah tahu apa yang nak kena lebih atau kurangkan. First sekali kena letak byk sikit garam..sbb bagi mama kurang masin..hehehe..then bila nak salut tepung ubi jangan tebal sgt...mama tak gemar kot..sebab ada juga sebijik dua yang tebal..tak urmm rasanya...hehehehe..resepi ni pun mama ambil dari internet juga..tapi tak ingat blog siapa..cuba jgn tak cuba..senang jer..hehehe

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan

Alhamdulillah tahun ini diberi peluang Allah untuk menyambut Ramadhan lagi. Aku bersyukur kerana dapat menyelesaikan semua hutang puasaku tahun lepas sebanyak 26 hari memandangkan bersalin time puasa..last hari Sabtu minggu lepas..kira settle semuanya..

Ramadhan kali ini memang rasa lain sikit..macam cepat sahaja masa berlalu...hari pertama puasa aku berada di Port Dickson bersama mertuaku...malam lepas terawih baru balik Seremban sebab selasa baru kerja. Memang seronok sahaja rasa badan untuk menunaaikan ibadah ini.

Segalanya hanya Allah yang lebih berkuasa. Ampuni dosaku dan suamiku..doasa kedua ibu bapa ku..anak2 ku..moga menjadi muslim soleh dan solehah..selamat kehidupan didunia dan akhirat sentiasa terpelihara iman hingga akhir hayat.. Ya Allah murahkan rezeki ku..rezeki yang melimpah ruah...dan mejadi hamabu yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berkongsi dengan orang lain. Engkaulah penetu segalanya..hanya pada Mu ku berserah ya Allah.

Monday, May 30, 2016

Birthday Hana

Semalam 29 Mei genap umur hana 1 tahun. Tak sangka masa cepat berlalu..rasanya baharu sahaja mama melahirkan dia..tgk2 dah cukup setahun. Kebetulan minggu ni mama balik kampung, so terus buat makan-makan sebab ramai yang ada kat kampung nih. Baby hana kena usik oleh mak sedara dan sepupu dia.

Actually hana kuat cembeng juga sebab kat kg ni semua jenis cakap kuat2..hahahah...dia takut dan rasa orang marah dia..tu yang cepat sedih so apa lagi jadi mangsa usikan orang lah.
apa pun mama dan papa gembira tengok anak mama membesar dengan sehat dan ceria selalu..moha hana menjadi anak yang solehah, sentiasa disayangi dan menyanyangi, berjaya hidup di dunia dan di akhirat serta teguh imannya..dan berkat hidupnya..amin..love you sayang...

mama suap kek sikit

potong kek dulu ye

bersama papanya

keluargaku

manja kat pak tam dia

Visit Farm in the City

Sabtu lepas mama papa bawa anak-anak jalan2 di Seri Kembangan. Dah lama berhajat nak ke sini untuk anak2 dapat live dgn haiwan2 yang ada di sini..memang pengalaman yang menarik...anak2 lagi lah suka...mama papa. tumpang suka juga..hehehe

actually nak bagi hadiah untuk Hana dah 1 tahun esok..so bawa hana jalan2..tapi dia bukan faham pun..yang penting dia seronok dapat jalan2 naik keta soroang dia tu..

so kita layan gambar jap ek..

burung atas kepala angah

tangkap ikan yang tidak berjaya

banyak ikan nya

burung hantu

penat jalan makan dulu

pintu depan farm

cuba usik haiwan ini

Bagi makan kura-kura besar

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.