Ada certain week kerja akan bertambah-tambah dalam satu masa..erm..seperti biasa nak selesaikan sebelum time ditetapkan mestilah jadi keutamaan..letih la pulak rasanya..minggu ini..penuh jadual kerjanya..heheh..sampai gaji masuk pun tak sempat nak check..tup-tup..baru perasan duit kereta belum bayar dan pengasuh anak tak bayar lagi..hehe..semak jadual jap..
isnin : Kursus Dalaman - sepatutnya 2 hari tapi selasa agenda lain pulak
selasa.. : Attend kursus untuk 5S..aduih nak kena setup 5S kat kolej lepas nih..
Rabu : Ke UPM, uruskan biasiswa dan kemasukan..moga cepat dapat respond..
Khamis : Report writing, uruskan kursus pendek, uruskan latihan staf dan bincang pasal 5S
Jumaat : Pagi ke sekolah anak ambil report card, petang meeting JK Peperiksaan..
Sabtu & ahad : Jemputan kahwin laa..apo laeii...
Quotation :
Board untuk APC dan APCB..nak kena cari
Dapur Gas untuk bengkel masakan la...
Kursus BI untuk bakal masuk universiti..beribu datanya..
kerja..kerja.. jgn tak kerja..rezeki Allah berikan..gunakan sebaiknya,..rezeki dikurniakan untuk kita menjalani ibadah kerja dengan tekun. Semoga memperolehi rezeki yang berkat. Amin,,..ya rabbal a'lamin.
Thursday, June 28, 2012
Thursday, June 21, 2012
Cincin
' Kak , kalau orang pakai cincin di tengah apa maknanya?...saya pun kata ntah la.. pastu tanya lagi..kak cincin tunang akak dulu pakai tak? ..saya kata tak pakai..sebab jari dah gemuk...so tak muat..
pastu kat jari akak tu cincin apa?..saya kata cincin saje lah...beli nak pakai..then tanya lagi.. kalau org dah bertunang tapi tak nak pakai cincin tunang tu..maknanya apa kak?... aik..konpius aku soalan budak nih..heheh.. saya jawab ntah la,...cincin tak muat kot..atau besar kot..takut cicir.. so akhirnya dia kata ' orang tak pakai cincin tunang tu bukan sebab dia nak kasi can org lain ngorat dia lagi ke?..heheeh...saya gelak besar..ntah la ko tanya la tuan punya badan...
itulah kerenah staf saya...layan jerlah..ntah apa2 difikirkan...tapi mereka ni lah yang menyerikan ofis..kalau tak bosan juga..bagi soalan2 biasa ni kan..tapi saya jawab dengan muka selamba jerlah..apo masalah org bujang ni pun saya tak tahu..ntah sapa yang diperhatinya..hehehe...macam2 orang di dunia nih.heheh..
Jalan2 Melaka
Disebabkan dah lama tinggalkan anak, so hujung minggu lepas bawa gi jalan-jalan Melaka. Kebetulan malam tu ada game bola N.Sembilan lawan Felda United, so angkut anak semua pergi stadium Hang Jebat..tengok bola..tapi kalah..hehehehe...biorlah...
Anak2 kepenatan berjalan dan lepak kejap depan air pancut tuh,,,
Dalam muzium TLDM...cam best jer...kak long nanti jadi tentera nak tak???
Nak masukkan semua gambar malas la pulak..tapi yang penting anak2 happy..pastu papanya yang cuak naik menara Taming Sari..muka gelisah jer..anak2 melompat2 dalam tuh..tapi boleh tahan gak ngerinya..pening pun ada gak.. balik Seremban Ahad malam lepas makan ikan bakar dulu di Umbai..tapi Isnin tu sebab cuti Israk Mikraj, kak ngah pun tak sihat la pulak. Maklumlah musim jerebu ni..kat Melaka panas pula..minum air batu ..apa tak semputnya anak dara tuh..sian dia..akibatnya..Selasa mama dan papa kena amik Emergency Leave..padan muka..padahal kerja kat opis banyak tu..anak nak kena masuk gas la pulak..
Alhamdulillah sudah sihat..dah Rabu mama mula kerja semula.
Friday, June 15, 2012
Medical Checkup
Pagi tadi kena buat medical check up untuk keperluan permohonan cuti belajar dan universiti ni. Nasib baik kawan husband doktor juga, so cepat la proses check-up nya..cuma result hepatitis B lambat sikit. So takpe borang tu just tinggalkan pada kawan papa..nanti dah lengkap dia call. Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma satu lar..tangan mama lebam la pulak kesan ambil darah tu. Patutlah rasa skit jer tangan masa drive dari hospital nak balik ke kolej. Dah lebam rupanya..heheheh....takpelah asalkan urusan selesai.
Pasni nak siapkan borang-borang yang banyak ni...sampai lengkap..pastu nak submit kepada Unit Biasiswa dan Khidmat Pengurusan. moga kelulusan Ketua Jabatan dipermudahkan. Tak sabar nak sambung blaja pulak..letih rasanya kerja jer..nanti nak tukar angin baharu..hehehe..insyaaAllah moga jadi student cemerlang..hehe.. segan pun ada gak dah tua2 nak jadi student semula..tapi semangat punya pasal..teruskan jua.. Ok time nak nak solat asar sebelum balik..dah kul 5 nih..kang lambat lak sampai rumah.
Pasni nak siapkan borang-borang yang banyak ni...sampai lengkap..pastu nak submit kepada Unit Biasiswa dan Khidmat Pengurusan. moga kelulusan Ketua Jabatan dipermudahkan. Tak sabar nak sambung blaja pulak..letih rasanya kerja jer..nanti nak tukar angin baharu..hehehe..insyaaAllah moga jadi student cemerlang..hehe.. segan pun ada gak dah tua2 nak jadi student semula..tapi semangat punya pasal..teruskan jua.. Ok time nak nak solat asar sebelum balik..dah kul 5 nih..kang lambat lak sampai rumah.
Wednesday, June 13, 2012
Umrah 2012 Part 3
Part terakhir untuk dikongsi, zirah di Jabal Rahmah. Cerita bukit ini adalah merupakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah Allah meletakkan mereka di bumi dan di pisahkan selama hampir 200 tahun (wallahualam) di mana nabi Adam di letakkan di Pakistan atau sempadan india dan Hawa di Jeddah. Maka mereka bertemu semula di Jabal Rahmah. Sebab itulah kota Jeddah di sebut sebagai kota Jeddah atau maksudnya Nenek..iaitu tempat hawa diletakkan di bumi.
Kata ustaz mutawif, berdoalah di sini..tapi kena pasang telinga betul2 takut suami doa minta lagi satu..hehehe..gurau jer.. |
Baitullah kali pertama melihatmu..hati rasa kagum dengan kebesaran Allah..dan aku bersyukur dapat sampai ke sini.. |
Bukit Marwah..selepas selesai umrah..duduk sekejap atas batu ini. |
di pintu nombor 1 ..pintu Malek Abdul Aziz..kalau salah pintu..takut tak jumpa papanya.. |
Shopping mall di depan masjidil haram..tapi penuh islamik la..seronok tengok cenderahati di sini |
Singgah sebentar di Laut Merah sambil melihat pemandangan..on the way ke airport Jeddah, dah nak balik Malaysia |
Apabila tleah sampai ke Jakarta..ambil gambar pulau..banyak betul di Indonesia ni. |
Ambil gambar selepas bangun tidur..9 jam dalam flight..lenguh satu badan.. |
Terima kasih tidak terhingga mama kepada keluarga mertua mama dan pengasuh anak yang tidak jemu melayan kerenah anak2 sepanjang ketiadaan mama dan papa. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Semoga ada rezeki pada masa akan datang untuk mama menjejakkan kaki ke tanah suci lagi, insyaAllah.
Tuesday, June 12, 2012
Umrah 2012 Part 2
Alhamdulillah, tiba di kota Madinah Munawarah..kota Nabi SAW yang sangat cantik dan membangun. Kenangan manis di Masjid Nabawi yang telah dibesarkan. Cabaran di sini adalah untuk memasuki Raudhah bagi kaum muslimat. Ada jadual yang telah ditetapkan, dan cabaranya terpaksa bergilir dengan jemaah lain yang tentunya berbadan besar dan tegap2. mama perbanyakkan doa semoga dipermudahkan untuk memasuki masjid nabi ini terutama di ruangan Raudhah untuk menunaikan solat sunat dan berdoa di sana. Alhamdulillah dengan kesabaran dan doa yang tidakp utus2..semuanya dapat dihadapi.
Ladang kurma yang dikunjungi. Walaupun kurma masih banyak yang belum masak..sekurang2nya..sampai juga ke ladang ini. |
Monday, June 11, 2012
Umrah 2012 Part 1
Mama naik Garuda Indonesia..so kenalah transit ke Jakarta dulu..sepatutnya flight ke Jeddah pukul 5 petang tapi delay sampai 8.45 malam..jenuh juga menunggu di samping jemaah lain dari indonesia. Tapi mama anggap semua ini dugaan, so banyakkan bersabar dan beristighfar.
Perjalanan dari Jakarta ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 9 jam..mama sentiasa berdoa perjalanan berada dalam keadaan selamat. Sampai di jeddah lebih kurang pukul 3 pagi waktu di sana..dan di Malaysia mungkin pukul 8 pagi kerana cepat 5 jam.
Sebelum naik flight Garuda Indonesia di KLIA |
Transit di Jakarta |
So naik bas dari Jeddah terus ke Madinah lebih kurang 5 jam..penat juga..tapi semangat tinggi nih..sabar jer.. alhamdulillah sampai..dekat nak Zuhur, so check ini hotel..terus siap2 ke masjid Nabawi..memang menyoronokkan. Orang yang tiada pengalaman macam mama ni memang excited sikit..dan sentiasa berdebar2 bila sampai ke tanah haram ni. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.