Nampak sangat mood tengah baik..boleh edit gambar lagi..padahal nak kena buat report macam2 nih..hehehe,,,
Thursday, December 29, 2011
Wajah baru..
Nampak sangat mood tengah baik..boleh edit gambar lagi..padahal nak kena buat report macam2 nih..hehehe,,,
Pengarah Baharu
Walaupun pelbagai spekulasi yang timbul kerana ada juga individu yang sibuk nak masuk kolej mama nak jadi Pengarah tapi kami semua di kolej berdoa biarlah pengganti yang terkini ini kekal dan tiada pertukaran lagi.
Semoga allah memberi ketenangan dan kesejahteraan kepada semua staf di kolej mama dan menjadi penjawat awam yang lebih baik pada masa akan datang..yeeehhhhhaaaaaa...
Friday, November 25, 2011
Interview
Macam2 aktiviti sepanjang tahun ini, tapi banyak yang menduga kesabaran juga. Semoga bos mama dapat naik pangkat dan seterusnya meninggalkan organisasi ini. Memang rasanya dah tak larat nak kerja dengan bos macam ni...hanya kesabaran yang menjadi benteng untuk bertahan di sini. Mama doakan tahun depan segala yang terbaik akan berlaku dan mama berdoa semoga dapat meneruskan kerja dalam keadaan yang tenteram dan tidak diuji dengan insan-insan yang boleh menggugat keimanan mama..insyaAllah.
Kalau ada rezeki tahun depan, mama bersyukur sangat-sangat dan tak putus-putus berdoa untuk kenaikan pangkatt juga. Dengarnya result hujung tahun ini keluar, kalau berjaya ini rezeki anak-anak juga kalau tidak mama kena usaha lebih lagi tahun hadapan.
Sunday, November 20, 2011
Bulan November
Minggu ni mama kena attend meeting selasa sampai jumaat tetapi bos endorse pegi sampai khamis jer..so mama meeting kar Sepang dan cadang nak balik terus khamis malam tapi disebabkan meeting habis kul 11.30 malam, member2 mama kata bahay nak drive malam. Badan sakit-sakit dan penat juga, tambahan pula dalam kesibukan tu dik yad demam pula..semua tu buat mama susah hati.
Lepas tu mama dikejutkan dengan pemergian salah seorang bekas pengarah di Jabatan yang mama kerja dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Jumaat pagi mama drive dari sepang terus ke kolej di Rembau sebab dah tak sempat nak balik rumah. Dah la malam tidur lewat, pagi2 rushing ke kolej pula. Pagi tu buat meeting kejap sbb mama lead jawatankuasa sambutan dan protokol untuk program esokbya (Sabtu). Lepas habis briefing pada semua staf mama rushing balik ke Seremban semula sebab kena ambil duit bantuan persekolahan kak long. Pastu mama balik semula ke kolej untuk preparation program esoknya. Alhamdulillah program hari Sabtu berjalan lancar tetapi kepenatan yang tidak boleh digambarkan.
Hari ini Ahad mama kena pula ke Senawang untuk memantau kursus MIC yang telah dijalankan. Nasib baik staf mama membantu juga, kalau ikutkan memang dah tak larat minggu ni. Entahlah, tapi just do my best. Terima kasih kepada mertua mama yang sanggup jaga anak semalam sbb mama ada program di kolej dan hubby pula kena kerja.
Malam ni mama stusy skit untuk preparation interview biasiswa KPT hari Selasa ni. Berdebar juga sebab kesibukan kerja menyebabkan mama tak sempat nak study apa2 pun lagi. Semoga semuanya berjalan lancar dan dimurahkan rezeki untuk mendapat biasiswa untuk sambung study pada tahun depan, insyaallah. Yang penting kena berusaha dan kalau ada rezeki, dapatlah kalau tak cuba lagi la tahun depan punya iklan.
Sunday, October 30, 2011
Nogori Monang lagi
By the way, tahniah kepada skuad hobin jang hobin..terbaekkkk... akhirnya pialo malaysia balik smulo ko nogori adat perpatih..teruskan usaha..siapa yang terbaik.dia la yang menang.. bestnya kalau mama dpt pergi join kat stadium malam tadi..tapi nak buat camne...kalau time final memang hubby x bagi la pergi..org ramai sgt..bahaya katenya..betul jugak..
nampaknya hubby mama hepi jerlah mukanya minggu nih..walaupun hari ni tak berpeluang join club dia gi tgk pialo kek paroi..tapi takpo...dah bos abang suruh kojo...kojo yolah..ni nak hujung tahun prestasi kerja kena jaga..kang dapek performance teruk..tak dapek lah bonus tinggi..tak gitu bang..hehehe..
Thursday, October 20, 2011
Legaaa....
kawan2 mama semuanya sudah selesai validasi..mungkin ada kolej lain yang belum selesai..harap2 semuanya berjaya. Soal rezeki ni kadangkala sukar diramal..tapi yang penting persediaan.
Tak tahulah kenapa mama macam blur ssahaja masa mula2 diaorang tanya..agaknya gabra kot..isk..isk... sampaikan dia tanya berapa ramai student pun mama jadi lupa dah..erm..ntahlah.. yang lain nya nampaknya telah dilengkapi dalam folio cuma bimbang juga..saingan ramai tahun ini.
Bos mama siap telefon tghari tu tanya macamana?..mama kata ok jerlah..tapi tak tahulah macamana..kalau ada rezeki dapat la..so bos mama pesan..kira ok lah tu..so u rilek dulu..esok mula smula buat kerja macam biasa..aduih... letih gak bila nak fikirkan kerja ni..padahal masa nak kena validasi tu pun sempat gak mama uruskan masalah kat PSH sekejap..erm...dugaan bekerja macam ni lah.
malam tadi rasa macam nak demam..mama rasa badan mama terlalu letih sejak dua menjak nih...rasanya nak kena ambil cuti..tapi tak tahu bila sebab banyak kerja nak kena buat..semoga mama kuat semangat..insyaallah..dan tak lupa terima kasih mama pada anak2 yang doakan mama, papanya walaupun tiada disisi pagi hari mama validasi (sbb gi ganu tgk bola..nasib baik menang..), [astu kawan2 mama semuanya support..love u all..sampai kat kolej..staf semua wish good luck..jadi kuat semangat sikit..alhamdulillah.. dan berusaha...doa kena slalu..dan akhirnya tawakal jerlah apa keputusannya.
Sunday, October 16, 2011
Validasi
kalau dengar pengalaman kawan2 yang sudah interview minggu lepas, ada yang menenangkan jiwa..dan ada juga group yang menakutkan juga..erm..semuanya bergantung pada rezeki lah.. mama cuba kuatkan semangat..kalau ade rezeki dapatlah naik gred tahun depan..kalau tidak..kena la usaha lebih baik lagi..
kalau memikirkan bebanan kerja sekarang ini, mama memang tak boleh nak cover semua..tak tahu la kenapa pengurusan organisasi macam ni.. kalau senaraikan kerja nak kena buat..memang boleh pengsan rasanya..tapi nasib baik staf di sini banyak membantu..dan faham tanggungjawab yang kena pikul...
kalau pikirkan dari segi bunyi jawatan memang sedap jer.. pegawai kanan..pastu tanggung kerja ketua jabatan..tapi kalau tugas yang kena pikul tak rasa macam kita ni berjawatan..kerana semuanya perlu dilaksanakan secara sendirian..apa yang boleh mama buat..share ngan kawan2 jer.. sbeab itu bila nak kena validasi ni ada sikit tekanan dari segi preparation... tak sempat nak buat..tapi hopefully apa yang mama buat selama ini ada kebaikannya.. hanya Allah yang maha Mengetahui atas segalanya..
Friday, August 26, 2011
Lamanya tak update
dikesempatan ini mama ingin mengucapkan selamat hari raya..dan semoga semua keluarga, sahabat dan teman2 berada di dalam keadaan gembira dan sejahtera. Maaf zahir dan batin..
mama ambil cuti juga..so seminggu la tak masuk kerja..bestnya,...dapat rehat jap...
Friday, June 17, 2011
Anakku semakin agresif
Macamanapun semuanya ketentuan Allah. Mama cuma berharap hari mendatang anak2 mama sentiasa melalui frasa hidup yang ceria, positif dan dapat membangunkan diri ke arah muslim dan muslimah yang sejati di bumi Allah ini memandangkan dunia yang serba mencabar.
Wednesday, May 25, 2011
ayang mama..
Tetiba rasa tak sabar nak balik jumpa dik yad la.. mama rindu la...hehehe..cepatlah habis waktu kerja ni... tapi kena settlekan kertas soalan ni dulu...fighting...heee
Sudah gaji maaa..
bajet akan lari lagi sebab ada barang sudah naik harga..kena ke arah penjimatan.. nak jimat macamana lagi pun tak tahulah.. makan jerlah apo yang ado..asalkan perut teralas. Kalau control makan bagus jugak ni..boleh kuruskan makan...jimat blanja harian... hehehhe..
bulan ini nak bagi lebih skit kat pengasuh sebab mama dan papa kerap balik lewat..nasib baik pengasuh baik..tapi kite kena hargai la.. takpe..kalau ada rezeki lebih...kita bayar lebih..kalau tak ikut macam biasa jerlah.. insyaallah..
so petang ni boleh la pergi cucuk duit kat atm..dan tinggalkan baki yang patut jer..selain dari itu..kita keluarkan..takyah penign2 kepalo..yeeehhaaaaaaa...
Thursday, May 12, 2011
Mencari Rezeki
2 minggu lepas konfrontasi dengan bos, apa nak jadi la...kalau di lawan kita diugutnya..tapi mama lawan tetap lawan..akhirnya di bawa ke meja perbincangan..walaupun masih berbaki sakit hati..tetapi mengenangkan nak cari rezeki dibawah satu bumbung..kupendamkan sahaja...huhuhuh...sabar itu sebahagian dari iman..dan mama yakin..Allah sentiasa bersama orang yang benar. Tunggu masa dan lihat..kebatilan akan terbukti salah..insyaAllah.
Sekarang sibuk preparation nak konvo minggu ini..alhamdulillah semua dah ready walaupun berperanan kecil..tapi amanah yang diberi mesti dilaksanakan sebaiknya...lepas ni nak uruskan peperiksaan akhir pula..dan nak proceed markah untuk modular juga..dalam masa yang sama..nak cetak soalan2 final..semuanya kulakukan sendiri..nak minta penyelaras..bos tak bagi..tapi takpe..i'll take the challenge... semoga mama sentiasa dikurniakan kesihatan untuk melaksanakan tanggungjawab ini..
Tuesday, May 3, 2011
Dugaan Bekerja
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah pada hambanya yang leka dengan kuasa dan tipu daya dunia. Setiap ketidakadilan yang di buat akan dipersoalkan akhirat kelak. Hanya Allah maha berkuasa atas segalanya.
Monday, April 11, 2011
Pusat Sains Negara
Kak ngah ngan kak long pun aktif semacam jer,,semua benda nak dicubanya..tapi bila bab nak dekat dengan dinosour tu dia takut pula..takpelah..yang penting diaorang blajar something pergi sana.. enjoy weekend...
Friday, April 8, 2011
Edit,..
Diet..
Actually mama susah hati macamana pun makan tetap maintain... sebab kalau x makan, otak tak boleh nak berfikir..camne nih?..hajat hati nak diet..tapi tak kuat dugaan la..duk kek kolej nih lapor jer manjang..aduih aiii...kalau cakap ngan papa nya..dia sengih jer..hehehe.. anak2 makin lasak..tapi mamanya makin bam bam lak..patutnya makin kuruih..camno nih...
Tuesday, March 22, 2011
KLIA
Wednesday, March 9, 2011
Minggu mesyuarat
first meeting e-tech center
second meeting pengurusan
third meeting konvokesyen di jempol
tomorrow meeting puspanita di hulu langat dan last skali
jumaat meeting e-tech semula..huhuhu..
sambungannya meeting konvokesyen lagi skali selasa depan di Bukit Beruang, Melaka...
Topik perbincangan berlainan dan nasib baik mama tak jadi attend bengkel my budget di Nilai Jumaat, Sabtu dan Ahad nih. Kalau fikirkan komitmen tuh nak buat semua, tapi tak terdayo laa...bersederhana dah la..asalkan bekerja..
Masalahnya bila mama nak siapkan minute mesyuarat ni..heheheh..pastu nak prepare untuk peperiksaan kolej lagi 2 bulan nih..kena prepare awal2..maklumlah sesorang buat kerja unit nih..semoga mama mendapat kekuatan untuk menyempurnakan amanah ini.
Monday, March 7, 2011
Balik Kursus
Thanks a lot to papa hehehe...dapat jaga 3 org anak kita dengan sebaiknya..walaupun hari2 papa suh mama balik la...letih..sian dia...tapi nak buat camne..mama tak larat nak drive hari2 ke kl..dah la kursus sampai malam baru habis..takpelah..anak kita pun ok kan..
tapi mama balik kursus jadi tak sihat la pulak..anak2 pun sama..minggu ini adalah minggu tak sihat sekeluarga..semoga kita semua cepat sembuh.
Monday, February 28, 2011
Birthday Riyadh
Wednesday, February 23, 2011
Pelaburan ku..
Friday, February 18, 2011
Guna Ms Word
Dah lama perhatikan di dalam Ms word ni ada kemudahan untuk masukkan maklumat ke dalam blog. So kerja lebih mudah kerana tak perlu gunakan browser, just register dalam word ini dan publish. Automatik akan masuk ke dalam blog. Tak kira samada blog jenis blogpot kea tau wordpress. Mama dah cuba kedua2 nya dan Berjaya. Cuma nak upload gambar tak pandai lagi sebab ade nak kena register apa ntah..kalau tak guna web site..ntah tak faham lagi..nantilah study..
Kadang2 bila dah Nampak benda ni tapi tak pernah nak implement jadi masalah juga. Sebagai org yg dalam bidang IT sepatutnya kena cuba untuk kembangkan kemahiran nih. Erm..ntah la..rasa nak sambung study lak jadinya sebab nak belajar benda baru. Wish me ade rezeki la nak sambung study..ntah bila tak tahu la..hehe…
Monday, February 14, 2011
Maulidur Rasul
Bersamalah kita mengucapkan kalimah suci mengagungkan kekasih Allah dan meraikannya dengan menghadiri program2 di surau atau masjid di kawasan kita. Semoga beroleh keberkatan dan ketenagan pabila melaungkan takbir suci junjungan besar. Amin.
Thursday, February 10, 2011
Nilai dan Etika
Monday, February 7, 2011
adikku dr mesir come back
riyardh warded
Wednesday, February 2, 2011
Birthday...
Tuesday, February 1, 2011
Panasssssssssss...

Sejukkkk...

Lepas pukul 6 petang, papa bergerak ke Seremban semula utk tengok bola, tinggallah mama dan anak2 di kampung..huhuhu..pastu papa terus ke Tenang nak tengok PRK. Nasib malang, esoknya ahad papa tak dapat nak balik, kerana banjir. Habislah kereta Nissan mama kena lumpur..isk..isk.. Alhamdulillah semalam papa selamat balik tapi keta mama kena bersihkan dulu..sebab kotor lerr..ape lagik...
Kesimpulannya suasana untuk beberapa hari ini sejukkkkkkkkkk...nasib baik ada heater..kalau tak..ada yang tak mandi..hehehe..adios
Friday, January 28, 2011
Cepatnya..
Kalau diikutkan, memang macam2 hal awal tahun nih..skang ni pun tgh fikirkan nak tukar smula kak long skolah kafa nya...rasa mcm tak puas hati pulak..so maybe next month tukar skolah lain la... mama papa cuba beri yang terbaik sekadar yg mampu la..
next week dah masuk febuary and my birthday also...erm..copeklak tuo raso eh..hehehe... oklah..nak kemas skit bilik nih..sebelum balik. Bos takda so dapatlah curi masa skit berblog nih..hehehe..salam jumaat..
Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.