Tuesday, September 2, 2008

Selamat Berpuasa

Wah, lega rasanya dah masuk Ramadhan. Syukur alhamdulillah semoga kita semua dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna. Rasa keletihan ada juga sebab baru balik dari berkursus. Maknanya sudah lama mamaodahiloh tak masuk blog nih. Rindu rasanya maklumlah tempat nak share rutin harian. Dapat surat kena pergi kursus pun immediately sampai kelam kabut dibuatnya. Maklumlah nak arrage kan hal anak dulu, sape nak tolong jagakan? Berapa lama mentua dapat tolong jaga? pastu nak minta tolong pengasuh anak pula tolong jaga..ishh..pening kepala..tapi alhamdulillah semuanya takde ape yang membimbangkan. Anak berada di dalam keadaan baik cuma minggu pertama mamaodahiloh tinggalkan, iloh kena demam cecair. Habis satu badan dia. Nasib baik dapat 3g ngan abang, so boleh la tengok condition anak tu. Lepas seminggu di Padang Terap kena sambung kursus di Sg. Petani, Kedah pulak 2 minggu. Lotih acik dibuek eh. Gian nak makan lauk podeh2 sobab kek sanun makanan tak podeh bona.

Minggu last nak balik kursus. dah start domam2 lak. Pueh la makan ubek sampai berbungkus-bungkus. So balik rumah ari tu bawak virus demam la. Nasib baik anak-anak semua dah sihat, tapi abang pulak yang kono. Cian dia tapi takpo la mamaodahiloh dah ado ni, macam2 la penyakit eh datang..heheheh...

oklah, nak poei kelas pulak ni. Rindu ngan student sebab lama tak masuk kelas. Jangan diaorang tak datang kelas dah la. Lotih mamaodahiloh prepare utk kelas potang nih.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.