Wednesday, September 10, 2008

Happy Birthday Ruwaidah Insyirah

Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki (09/09/2008)
Doa mama untuk anak mama yang cute ni, semoga Allah sentiasa melindungimu daripada sebarang musibah dan menjadikan anak mama sebagai anak yang solehah yang taat pada perintah Allah dan patuh pada ajaran Islam serta taat kepada mama dan papa. Selain usaha untuk membentuk anak mama ni, selebihnya mama serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu sayang. Mama nak masak special untuk birthday adik, tapi tak sempat, balik kerja pun sampai rumah dah dekat pukul 6. Mama buat mana yang boleh je la dik ye. Yang penting anak mama sihat ceria.

Kek hari jadi untuk adik iloh yang pertama. Sedapp..nyum..nyum..

Mama masak ikan siakap stim. Beriya pulak iloh makan ikan tu macam tau je untuk raikan dia tapi papa dia jugak yang habiskan maklumlah favourite dia.
Mama buat bihun goreng sebagai tambahan selain kek dan nasi. Uwannya tolong masakkan udang lemak cili api + peria dan Sambal Ikan Bilis Goreng Tempoyak..sedappp.. mama ngan papa yang leka mengunyahnya..

Adik duk perhati je kek dia, nak tambah lagi ke sayang???... seronok sangat dia.

Kalau dah berkepit ngan papa (kembar papa), memang mama dilupakan..ish...ish..

Tak sabar suruh papa tolong potongkan tu. Kena la pegang tangan sebelah lagi takut diterkamnya mickey tu.

Nak potong kek pun kena bergambar dulu. Kak Long pulak yang lebih excited. Kak long tunggu ye birthday hujung bulan nih (malam raya)

Seronoknya papa tolong suapkan, lepas suap sekali, comot la mukanya..tak boleh control dah. Takpela dik lepas makan mama tukar baju lain, nanti kita nak pegi surau pula terawih.

4 comments:

vogue2704 said...

happy befday auntie ucapkan...semoga menjadi anak yang solehah..dan patuh pada ajaran agama..:)...zila bestnye kek hehe..aku pulak terliur mujur bulan puasa hiks..

Anonymous said...

ciloh...
happy birthday 2 u, happy birthday 2 u.. happy birthday 2 u.. hppy birthday 2 u..
alang mu yang comey lg baik hati ini nak wish besday..huhuhu..
alang xder peruntukan lah untuk ciloh xpe len tahun alang dah kayo ckit kite g disneyland k kat umah nenek..orait roger happy birthday..

Ummi... said...

iloh....hapey besday to u...makin tembam antie nengok...

Anonymous said...

kepada anak papa yg comel macam papa ni...ucapan hepy besday yg pertama...tiada lain yg paling gembira bila tgk anak2 papa ceria selalu...papa dan mama doakan semoga anak2 papa sihat selalu dan taat pada perintah agama dan ibu bapa...semoga dimurahkan rezeki kita sekeluarga...kepada kak long odah tunggu ujung bulan ni besday kak long pulakkk..nanti papa beli kek besar lori....hehehhe...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.