Wednesday, September 3, 2008

Rakan baru dan lama

Seronok billo teringat balik maso baru sampai kek sana, badan lotih tapi terpakso lak beratur lapor diri dulu. Pastu kono la balik bilik tukar baju dan bersiap-siap untuk taklimat awal. Lotih eh tuhan yo yang tahu tapi takpo semangat punyo pasal, rodah je la.

Aktiviti memang pack la tapi seronok eh dapek ramai kenalan baru daripado tompek yang berlainan dan pelbagai daerah. Kelakar pun ado jugak sobab masing-masing berkenalan dalam aktiviti yang dijalankan oleh fasi. Memang pakar la diaorang ni sampai tak sodar maso dah berlalu.

Kawan-kawan lam gambar tu antaro yang sompek bergambar la,ado gak yang tak sompek nak bergambar. Takpola ado rezeki sok leh jumpo lagi kek kursus lain pulak. Tapi yang ponting pengisian yang kito dapek dalam kursus itu baik untuk maso dopan kito semuo. Semoga kito semuo berjayo la dengan ujian yang dah diharungi.


Kek Sg. Petani lotih eh bergamdo la sobab banyak sangat slot nak kono attend. Tapi takpo demi maso dopan, rodah yo lah. Kawna2 semuo sporting dan saling bantu-membantu antaro samo lain tak kiro laki ko pompuan. Semuo eh dalam keadaan tertokan tetapi kono gak bertahan. InsyaAllah berbaloi segalo usoho kito tu. Ina sampai kono domam, pastu ramai la yang tak sihat. Maso tu macam berjangkit-jangkit pulak. Agak eh sobab tak cukup rehat.

Bilo buek dinner tu release skit tension kito. Yo lah tengok kawan-kawan gembiro kito pun samo suko. Tapi matlamat kito datang sano harap2 tercapai la. Kito dah usoho sehabis baik, selobihnyo tersorah la pado Allah. Kita tunggu je la keputusannya nanti.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.