Monday, September 8, 2008

Di rumah mertuaku

Ermm, alhamdulillah seronok betul berbuka puasa kat rumah mentua di Port Dickson. Penuh meja makan dengan makanan yang buatan sendiri dan juga beli...hehehehe..mama tukang jadi assistant boleh la...tukang masak profesional ramai di rumah nih..Kebetulan kak ipar pun baru balik dari kampung..tu yang ponuh mejo tu. Mama seperti biasolah, pantang jumpo lomang..serang lomang dulu, baru usik benda lain.Tengok la hidangan yang ada ni, menyelerakan tambahan pulak mertuaku yang masak, memang best maklumlah tokey kedai makan, mestilah power bab ni. Mama tolong potong-potong, kacau lauk pun jadi la.. Tapi ado satu lagi resepi yang mama tolong adik ipar mama buek kek oren, tapi tak brapo menjadi. Cubaan pertamo memang macam tu, kalau terus jadi kiro hebat la. Ni pun tak jadi, sodap jugak.

Kerabat askar-askar Hj. Mansor dan Hjh. Minah (mertua mama la..)


Diaorang ni bila berkumpul ngan sepupunya, camtu la... gamat rumah tuh.. tapi bab makan semua bedal... no hal punya. Tu pasal askar-askar kena duduk meja asing, so ape yang diaorang nak boleh order di meja sebelah. Baru aman makayah + atuk nenek + alang diaorang nak berbuka.

Sebelah tu gambar mama ngan iloh berbuka makan lomang. Sedapp.. tapi si kecik tu taknak berenggang. Cuba nak tidurkan dia tak mau. Pandai la si kecik ni nak join skali orang berbuka. Terpaksala mama pegang sebelah, kalau nak letak bawah kesian pulak. Bagi je la merasa mana yang dia boleh telan. Gambar ni papa dia tolong ambilkan. Papanya excited tengok anak buah dia makan, so siap berhenti makan ambil gambar sekojap. Suko hati la asalkan mama leh makan.

1 comment:

Anonymous said...

mama...sabtu ni kito serang lagi umah ibubapa mertuamu bersamaan ibubapa papa jugak...kah..kahhh..kah...makan sampai menteneng..sayang.. abg ponek laa kojo hari ni...raso nak poie mandi air terjun...dok bawah air terjun tongah mencurah2 kek joram toi....bestt lak aii...anyhow..HAPPY BIRTHDAY TO RUWAIDAH INSYIRAH@ILOH@CHELO YG KE-1...HEHHEHE..tunggu papa balik bawak kek ye...kito buko poso makan kek...mama boli ikan siakap masak 3 raso...mmmmm...bestnya...luv all my family...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.