Thursday, September 25, 2008

Pizza ku..

Apabila tahap kebosanan mengatasi segalanya..makanya datanglah idea untuk membuat sesuatu yang jarang dibuat. Mama buat pizza hujung minggu lepas sebab dah terlalu lama tak buat. Kebetulan bahan2 mudah pula nak dapat kat sini. Buat je la ikut resepi yang ada.
Ini pizza yang belum dibakar lagi sebab nak tunggu lempengnya kembang sikit.
Selepas dibakar dan sudah dipotong sebelah sebab mak nak kasi kat kak long rumah sebelah.

Sesekali makan menu berlainan untuk buka puasa, sedap juga tapi tak boleh selalu la, muak pula jadinya. Kitakan orang Malaysia tak boleh lari daripada nasi dan masak lomak cili api..hehehe...Kak long dengan papa pun suka so habislah pizza untuk santapan berbuka. Kalau mama rajin, buatla lagi lain kali.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.