Friday, September 12, 2008

Keletihan Hari nii..

Hari ni mama kena bawa iloh ke Klinik, cucuk 1 tahun. Selalunya papa dia tolong pegangkan tapi hari ni papanya kerja pagi so kena la mama sorang bawa si kecik tuh. Sampai klinik semua orang dia nak tegur, tersenyum2. Nurse tu dah gelak2 kan dia. Adik ni suka sangat kejap lagi nak kena cucuk. Bila masuk bilik cucuk tu,muka dia pelik je. Tapi bila mama dengan nurse grip tangan dia takut meronta tu dia dah start jerit, bila jarum masuk je dia nangis kuat2. Lepas cabut jarum tu, berhenti nangis cuma sebak je muka. Lepas bawak keluar dari bilik tu, terus tersengih semula tapi nurse yang ada kat situ semua gelakkan dia. Iloh siap babai semua org kat situ. Erm lenguh juga mama dukung dia sampai masuk kereta, lega rasa.

Lepas hantar iloh ke rumah pengasuhnya, balik ke pejabat semula tetapi sebab dah time lunch, so mama terus la jalan kat pekan kejap, pegi hantar jahit tepi kain tudung dah survey kain baju melayu untuk papanya. Baju mama ngan anak-anak dah siap, baju papa je yang belum beli. Biasala orang lelaki ni, cool sangat, mama dah cemas takut takde baju papa nanti. Letih jugak rasanya, bila dah balik pejabat rasa nak terlelap je. Tak sabar tunggu pukul 5 so solat la dulu sebelum balik.

Balik rumah mak dah standby, dia tunggu mama balik. Rupanya mama janji ngan mak nak blaja buat kuih kuci (kuih tradisional tu). So mama terus la buat sebab dah pukul 6 masa tu, mak kat sempat so boleh la buat.
Bahan-bahan :
Tepung pulut bancuh dengan air dan gaul sampai jadi DOH.
Santan pekat tu gaulkan dengan sedikit tepung jagung nak bagi pekat skit dan garam skit.
Inti kelapa tu dah buat dulu ari rabu tu, ala cuma masakkan kelapa muda yang diparut dengan gula anau (gula melaka) dan masukkan skit gula pasir. Sampai pekat jadi la macam lam gambar tu.
Daun pisang potong kecil2 la. Rumah mak senang, daun pisang keliling rumah.













Tepung pulut tadi tu buat bulat2 dah masukkan inti kelapa kat dalamnya. Buat la berapa banyak nak pastu masukkan dalam talam yang dah disapu dengan minyak.


Biasa la bila first time buat ni senget- benget la. Tak pandai nak uli lagi..hehehe..takpe practice make perfect!!!














Bila dah siap masukkan terus ke dalam pengukus yang dah dipanaskan
awal2 lagi.
Tunggu sampai nampak macam setengah masak tu, bolehlah masukkan santan pekat yang telah dibancuh tadi.













Ini tak sempat nak
snap sebab lepas masuk santan terus nak tutup pengukus nih.














Begini la rupanya bila dah masak dan santan tu jadi kuahnya, tapi yang mama buat ni pekat sangat, mungkin tepung jagung terlebih kot..heheheheh...

Bila dah masak camni, kena balik-balikkan dan tunggu sampai sejuk, baru boleh bungkus dengan daun pisang yang dah dilayur.
Mama semalam kena belajar jugak cara bungkus, sebab mak kata ade orang bungkus kuih kuci ni macam bungkus lepat. Itu cara yang salah so dapat la ilmu tambahan.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.