Monday, September 15, 2008

Sama Tapi Tak Serupa

Hari minggu lepas, mama balik rumah Seremban, kemas rumah maklumlah kursus 3 minggu rumah tinggal macam tu je. Puas ler mengelap semua habuk dan bersihkan rumah. Lepas tu mama keluarkan baju lama kak long. Saje nak tengok kalau ade yang iloh boleh muat. Tengok ade la 2 3 helai yang boleh dipakai. Mama tengok ada satu baju tu, kak long pakai masa umur 1 tahun so mama try pakaikan pada iloh. Baju santai masa jalan2 kat Terengganu (masih elok lagi). Cuba tengok gambar dibawah, nampak serupa tak dua beradik ni??...

Iloh ngan kak long.....................kak long (1 tahun)

Hari Sabtu, lepas kepenatan mengemas rumah, berbuka puasa kat rumah mak mertua Port Dickson. Sedapnya makanan yang ada, nasi ayam lagi. Kalau dah berkumpul macam2 la juadah yang dihidangkan. Seronok dapat kumpul ramai2 dan bertambah berselera makan..hehehe..

Hidangan nasi ayam, sup tulang, murtabak, cempedak, jus mangga..dll


Ni papanya duk mengacau anak buah dia nak makan..si kecik tu duduk makan dengan neneknya. Kalau neneknya suap menganga aje, kalau mamanya macam2 la perangai dia. Boleh posing lagi tu sambil nak menyuap nasi. Semoga kebahagiaan keluarga ini berkekalan dan dirahmati Allah, insyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

errkkkkkk...erkkkk....alhamdulillahhh,,,kenyangg papa....naik lagi 1 kilo....kuikuikui...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.