Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Tahniah kepada mak sebab mendapat anugerah Ibu/Bapa Cemerlang 2008 bagi Felda Pasoh 2 yang diadakan di Masjid Felda Lui Muda, Ayer Hitam bersempena bulan Ramadan ini. Anugerah ini disampaikan oleh Adun Sg. Lui dan majlis berbuka puasa sekali. Terharu mama tengok mak dapat penghargaan. Semoga mama boleh menjadi setabah mak mama yang membesarkan kami seorang diri selepas pemergian Abah 13 tahun yang lalu. I Love You Mom..

1 comment:

Anonymous said...

Papa jugak nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat mama tercinta..juga buat anak2 papa yang comel mcm papa...buat keluarga papa semua semoga Hari Raya yang bakal menjelma ini kita sambut dengan gembira dan bersederhana...ingatlah kepada mereka yang lebih susah dari kita dan hendaklah kita sentiasa bersyukur atas rezeki yang Tuhan kurniakan kepada keluarga kita....aminnnn...salam aidilfitri buat MAMA,Kak Long, Iloh.....luv you all...papa bersyukur mempunyai keluarga bahagia...doa papa agar biarlah kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat....

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.