Friday, September 5, 2008

Buah Kurma

Bila tengok gambar pokok kurma ni memang sebijik macam pokok kelapa sawit kat felda nu. Cuma buahnya je nampak lain skit. Mama bukan apa sebab selalunya buah kurma ni mama buat minuman dalam bulan puasa. Ala kalau baca kat dalam internet ramai orang makan kurma dengan cara macam tuh. Tetapi memang betul sedap buah kurma ni bila kita jadikan dia minuman di bulan puasa bilamana kita campurkan susu segar (mama biasa guna HL), pastu carik2 kan kurma tu, supaya air kurma tu keluar dan sebati dengan susu segar tersebut. Rasanya memang terangkat la. Suami pun suka minuman tu dan sememangnya ia banyak khasiat.

Selain itu, kurma ini kalau kita biasa makan untuk bersahur ke insyaAllah badan akan cergas sepanjang hari. Mama pun lepas makan nasi ke untuk sahur, mesti makan dalam 5 biji kurma untuk tambahannya. Makan nasi ni memang sah la sebab dah jadi rutin hari-hari makan nasi, tapi kurma tu elok diamalkan.

Disini ada mama dapatkan sedikit kelebihan kurma ni dari laman web lain. Kurma ialah sejenis buah yang mempunyai banyak kelebihan.Dengan memakan sebiji kurma seseorang akan mendapatkan kecergasan segera, lebih-lebih lagi pada bulan puasa umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis. Kurma mempunyai banyak kelebihannya jika dilihat daripada beberapa sudut :
-Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
-Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
-Membunuh Kuman Dalam Badan
-Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran .
-Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
-Makanan Yang Paling Sempurna.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.